Tayangan treler filem Pulau yang dibuat secara dalam talian adalah di luar bidang kuasa Lembaga Penapis Filem (LPF) di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).<br /><br />Ini kerana LPF melaksanakan tugas penapisan filem dan bahan publisiti yang disiarkan, dipamerkan, disebarkan, ditayangkan, diedarkan atau dipancarkan secara fizikal kepada umum, kecuali melalui internet.<br /><br />Menurut LPF dalam satu kenyataan.. kandungan treler berkenaan juga berbeza dari kandungan yang dikemukakan untuk penapisan.